Karangan Cemerlang SPM:

Pengukuhan Institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam keluarga bahagia.Huraikan peranan ahli keluarga dalam membina keluarga bahagia.

Pendahuluan

Dalam mendepani era modenisasi abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang lain. Sebagaimana yang kita ketahui, institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam membina keluarga bahagia. Dari segi konsepsinya, institusi keluarga boleh ditakrifkan sebagai insan terdekat yang sanggup menerima kita seadanya dan sentiasa bersama tidak kira di waktu susah atau senang. Dengan menunjukkan contoh yang baik, ibu bapa merupakan suri teladan yang terdekat dalam membentuk institusi keluarga yang utuh.Anak-anak juga memainkan peranan penting dalam membentuk peranan penting dalam membentuk institusi keluarga yang kukuh.Hal ini boleh dianalogikan seperti, tentera semut bekerjasama mengumpul makanan.Hal ini juga bertepatan dengan aforisme, bagai aur dengan tebing.Biasanya keluarga bahagia dapat dibentuk melalui sikap ahli keluarga yang mempunyai sahsiah yang baik.Menurut pakar motivasi Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah, keutuhan institusi keluarga mampu membangunkan negara dengan aman tanpa perbalahan. Oleh itu,setiap ahli keluarga perlu menjadi tulang belakang kepada institusi kekeluargaan supaya keluarga tidak berpecah belah.


Peranan ahli keluarga dalam membina keluarga bahagia

Ibu Bapa Adalah Contoh

Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang mencorakkannya. Oleh itu,peranan ibu bapa dalam membentuk institusi keluarga bahagia ialah ibu bapa menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak. Hal ini kerana,ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak. Ibu bapa tidak seharusnya menunjukkan teladan yang negatif kepada anak-anak seperti berbohong,mengumpat dan bergaduh. Natijahnya, anak-anak akan mencontohi setiap perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa. Keadaan ini akan mewujudkan hubungan baik di dalam sebuah keluarga. Menurut Ustazah Siti Nur Bahiyah, ibu bapa merupakan idola kepada anak-anak justeru ibu bapa harus menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dan sentiasa berfikiran positif. Jadikan kata-kata Imam Al-Ghazali sebagai panduan kerana, mendidik anak-anak umpama menanam biji benih dan dibajai,disirami serta dimanjai supaya membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil baik. Ibu bapa yang menjadi suri teladan boleh dianologikan seperti kucing yang mengajar anaknya berjalan. Hal ini boleh diaforismekan,bagaimana acuan begitulah kuihnya.Sebagai ibu bapa yang prihatin mereka perlu memastikan institusi keluarga bahagia dapat dikekalkan dengan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak.Sekiranya ibu bapa berjaya menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak pastinya negara akan menghasilkan insan yang bijak sekali gus dapat mewujudkan keluarga yang aman dan damai.


Peranan ahli keluarga dalam membina keluarga bahagia

Aktiviti Kekeluargaan

Saidina Umar Al-Khatab pernah berkata,didiklah anak kamu mengikut zamannya,jangan mendidik mereka mengikut zaman kamu. Oleh itu,ibu bapa perlu menyediakan kediaman yang selamat untuk anak-anak mengikut keperluan mereka. Hal ini kerana, kediaman yang selamat menyebabkan anak-anak berasa selamat dan dilindungi daripada ancaman luar.Natijahnya, anak-anak akan lebih hati-hati sebelum melakukan aktiviti luar dan berfikir panjang kesannya sebelum melakukan aktiviti di luar rumah. Amsalnya,ciri-ciri rumah yang selamat mempunyai empat buah bilik,dua buah bilik persalinan dan pengasingan di antara anak lelaki dan anak perempuan. Selain itu,ibu bapa perlu menyediakan jadual waktu yang selengkapnya untuk melakukan sebarang aktiviti sama ada menonton televisyen, waktu bermain dan seumpanya.Kediaman yang selamat dan selesa boleh dianologikan seperti, pohon yang melindungi sarang burung yang tersembunyi. Hal ini bertepatan dengan peribahasa,sediakan payung sebelum hujan. Menurut pepatah Inggeris,orang yang dilahirkan di dalam kandang kuda tidak semestinya menjadi kuda.Tambahan pula, menurut Khong Hu Chu sesiapa yang tidak berfikir panjang,kesusahan telah tersedia di mukanya.Sekiranya ibu bapa dapat menyediakan kediaman yang selamat dan selesa maka hal ini dapat mewujudkan keluarga yang bahagia.


Pemakanan Keluarga yang Berkualiti

Memetik wasitah nirmala seterusnya,ibu bapa haruslah menyediakan makanan yang berkhasiat dan seimbang dapat membantu pembesaran anak-anak dengan sempurna. Natijahnya,tubuh anak-anak yang sihat dapat membantu menjamin keluarga bahagia.Amsalnya,ibu bapa perlu menyediakan sarapan yang bercoklat untuk anak-anak mendapat tenaga di pagi hari. Kajian Universiti Malaysia Pahang menunjukkan bahawa ,anak-anak yang tidak mendapat sarapan menyebabkan mereka tidak mempunyai tenaga dan pelajaran di dalam kelas akan terganggu.Peribahasa Melayu ada mengatakan, badan yang sihat dapat melahirkan otak yang cerdas.Oleh itu,ibu bapa perlulah menyediakan makanan yang seimbang supaya dapat melahirkan keluarga yang bahagia. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai fikiran dan badan yang sihat akan menyumbang kepada minda yang sihat dan menyebabkan anak-anak dapat berfikir dengan bijak tanpa terjebak dengan aktiviti yang bermoral.Hal ini boleh dianologikan seperti memberi baja yang berkualiti kepada benih agar dapat membesar dengan baik. Menurut Alex Osbon makanan yang sihat dan berkhasiat akan menjana kepada kesihatan yang baik. Jelaslah bahawa makanan yang seimbang dan berkhasiat akan menyumbang institusi keluarga bahagia.


Tempat tinggal yang selesa dan selamat

Dari sudut kodifikasi yang berbeza,semua ahli keluarga perlu menjaga kebersihan tempat tinggal agar persekitaran tempat tinggal bersih dan ceria. Hal ini kerana,persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria dapat menenangkan fikiran dan kebahagiaan dapat dikecap.Biasanya,ahli keluarga yang progresif akan memastikan kebersihan dan keceriaan kediaman mereka.Natijahnya,tempat tinggal akan sentiasa bersih dan penghuninya akan sentiasa ceria.Menurut Lao Tze dalam karya mukadimahnya,jika tujuan anda jelas,anda boleh mencapainya dengan mudah.Ahli keluarga perlulah bekerjasama mengekalkan kebersihan dan keceriaan tempat tinggal.Hal ini bertepatan dengan peribahasa, bagai aur dengan tebing.Hal ini boleh dianologikan seperti penyapu yang sentiasa digunakan. Menurut mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad,keluarga bahagia dapat mencapai bermula dengan kebersihan tempat tinggal dan keceriaan isi rumah.Hal ini boleh dianologikan seperti, bunga mawar yang mekar.Sekiranya ahli keluarga menjadi persekitaran tempat tinggal dengan baik,maka negara akan mempunyai isi rumah yang bahagia dan mementingkan kebersihan.


Peranan ahli keluarga dalam membina keluarga bahagia

Keluarga Prihatin

Dalam Islam telah menetapkan bahawa 7 tahun pertama kelahiran , hendaklah kita menjadikan anak-anak sebagai teman sepermainan , 7 tahun berikutnya hendaklah kita mendidiknya dengan rotan dan 7 tahun seterusnya hendaklah kita jadikannya sahabat . Oleh itu , sudah terang lagi bersuluh , ibu bapa harus cakna terhadap kesihatan ahli keluarga . Hal ini kerana, peranan ibu bapa amat penting dalam memastikan ahli keluarga sihat sejahtera .Impaknya , anak-anak akan merasakan diri mereka diberi sepenuh perhatian oleh ibu bapa dalam sebuah keluarga . Ibu bapa yang cakna terhadap kesihatan ahli keluarga dapat dianologikan seperti payung yang sentiasa terbuka untuk melindungi diri daripada panas terik mentari .Amsalnya, anak-anak yang sakit perlu dirujuk ke klinik dan hospital sebelum nasi menjadi bubur.Biasanya , ibu bapa yang cakna terhadap kesihatan ahli keluarga ialah ibu bapa yang prihatin . Menurut Datok Dr. Haji Fadzillah Kamsah , keluarga yang bahagia ialah keluarga yang hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera . Oleh itu , ibu bapalah yang mencorakkan sesebuah keluarga itu menjadi sebuah keluarga bahagia . Sekiranya ibu bapa di negara kita cakna terhadap kesihatan ahli keluarga , maka wujudlah sebuah keluarga yang bahagia tanpa sebarang pertelingkahan .


Disiplin dan Pembentukan insan yang berkualiti

Rahmohan Gandhi dalam karya mukadimahnya menyatakan bahawa, keruntuhan keluarga akan melahirkan generasi yang lemah . Sebagai remaja yang lebai lagi berjanggut dalam memacu negara ke persada antarabangsa , anak-anak yang bersahsiah terpuji dapat merealisasikan institusi keluarga yang bahagia . Hal ini kerana , anak- anak yang mempunyai peribadi yang mulia dan berbudi pekerti yang tinggi dapat memenuhi tuntutan sebuah keluarga yang bahagia . Natijahnya , anak-anak yang soleh dan solehah dapat menjaga nama baik keluarga di samping melahirkan generasi yang cemerlang dan sifar jenayah . Oleh itu , ibu bapa perlu membentuk peribadi anak-anak mereka sejak kecil bagi menjamin kesejahteraan keluarga pada masa akan datang . Ibu bapa yang mampu mendisiplinkan anak-anak sejak kecil bertepatan dengan aforisme, melentur buluh biarlah dari rebungnya . Menurut Joseph Conrad , kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka . Oleh itu, ibu bapa yang bertanggunjawab tidak seharusnya leka dan bersikap bena tak bena dalam menerapkan akhlak terpuji dalam diri anak-anak. Ibu bapa yang membentuk sahsiah terpuji anak-anak boleh dianologikan seperti, ibu ayam yang mengajar anaknya mencari makan .Sekiranya anak-anak yang mempunyai sahsiah peribadi yang terpuji maka mereka dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan keluarga .


  Peranan ahli keluarga dalam membina keluarga bahagia

Peranan Ahli Keluarga Terdekat

Selain itu , peranan ahli keluarga terdekat seperti adik-beradik , nenek , datuk , saudara-mara juga penting dalam membentuk keluarga bahagia . Hal ini kerana , institusi keluarga yang ramai dapat memeriahkan lagi hubungan kekeluargaan . Natijahnya , kita dapat mengeratkan lagi ukhwah antara keluarga sama ada yang tinggal berjauhan atau terdekat . Di samping itu , sebuah keluarga yang bahagia dapat menyelesaikan masalah dengan baik . Seterusnya , keluarga terdekat perlulah mengadakan rumah terbuka pada hari-hari tertentu untuk mngeratkan hubungan kekeluargaan yang kita tidak kenal . Aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara- mara juga dapat membina keluarga harmoni terutamanya pada musim perayaan. Menurut Datuk Dr. Haji Fadzillah Kamsah , institusi keluarga yang harmoni menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat . Institusi keluarga terdekat juga memainkan peranan yang penting dalam membantu keluarga lain yang menghadapi kesusahan bagi meringankan bebannya . Hal ini bertepatan dengan aforisme, bagai aur dengan tebing . Sementelahan itu, peranan adik-beradik juga mampu menjurus pada pembentukan keluarga bahagia . Sebagai adik-beradik , kita perlu memulakan dengan percakapan yang baik bagi mengelakkan pergaduhan. Sekiranya , keluarga dapat memainkan peranan dengan berkesan maka institusi keluarga yang utuh lagi teguh dapat direalisasikan dalam membina keluarga bahagia .


Penutup

Sebagai pengitlakan , isu keluarga bahagia sering meniti dari bibir ke bibir dalam kalangan marhaen di Malaysia perlu direalisasikan kewujudannya . Sememangnya , sudah terang lagi bersuluh , peranan daripada pelbagai pihak sama ada ibu bapa , anak-anak , saudara-mara perlu diimplimentasikan bagi memupuk sebuah institusi keluarga bahagia . Oleh itu , sediakan payung sebelum hujan kerana jikalau nasi sudah menjadi bubur usaha dalam membentuk keluarga bahagia tidak lagi bermakna . Tambahan lagi , peranan utama dalam membentuk keluarga bahagia terletak pada bahu kedua-dua ibu bapa . Seyogia , kita ibarat burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh , patah paruh bertongkatkan dagu , patah dagu bertongkatkan kuku . Sekiranya , semua pihak memanipulasikan tanggungjawab masing-masing nescaya sebuah keluarga bahagia dapat dibentuk dengan berkesan serta mewujudkan negara yang harmonis . Jika negara harmonis boleh diwujudkan maka pembangunan dan kemajuan ekonomi dapat dilaksanakan dengan jayanya .


Pantun

Burung merpati terbang merata ,
Terbang bersama anak-anaknya ,
Keluarga bahagia idaman kita ,
Marilah kita merealisasikannya .

Klik di sini untuk karangan yang lain Karangan Kepentingan Mempelajari Sejarah

Categorized in: