Is Bak Kut teh halal?

Heboh satu Malaysia dengan isu yang panas mengenai makanan ni.
Sebelum ni belum tergerak hati hendak mengkaji selidik tentang makanan Bak Kut Teh.
Srry sebab tajuk yang agak pelik sedikit.


Namun satu hari terbaca dekat blog Firdaus WHH, penerangan yang agak ringkas namun padat
Ini salah satu petikan blog beliau

Berbalik kepada cerita Bak Kut Teh, perlu kita faham apa itu Bak Kut Teh kerana kadang-kala yang kita fobia atau alergik pada perkara yang salah. Dalam bahasa Cina ditulis 肉骨茶 atau terjemahannya bermaksud; Bak = Daging (ada yang mengkhususkan kepada daging babi tetapi ia juga membawa maksud yang umum), Kut = Tulang/Tulang Rusuk, Teh = Teh (kerana ianya direneh bersama herba dan rempah Cina maka secara harfiahnya adalah Teh Rusuk Daging. Jadi, Bak Kut Teh tidak semestinya merujuk kepada daging babi sahaja.

Maksudnya Bak Kut Teh tak semestinya mengandungi babi, orang Islam kena faham betul betul konsep ini. Tulisan ini bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak, saya yakin masih ramai muslim di luar sana tak tahu hal ni.

Seterusnya, pencarian lebih mendalam dilakukan, yang pertama sekali ialah wikipedia
menulis

The name literally translates as “meat bone tea”, and at its simplest

Walaupun begitu, konsep dan persepsi minda masyarakat yang telah mentafsir 3 perkataan “Bak Kut Teh” sebagai babi telah menghapuskan maksud sebenar Bak Kut Teh .

Translasi dari google translate perkataan chinese 肉 merujuk kepada

Is Bak Kut teh halal?

肉, 肉类, 肉食, 食物
, 肉体, 果肉, 血肉, , 肌肉
牛肉,

Oleh itu, ianya bukan hanya merujuk kepada babi. Banyak lagi haiwan seperti lembu/kambing yang mempunyai rusuk. yang boleh dijadikan Bak Kut Teh yang halal. Seperti dipetik daripada blog Firdaus WHH. Namun kalau Bak kut teh yang mengandungi atau menggunakan tulang rusuk babi, secara automatik makanan ini tidak halal lagi.

Ada jugak Chik Ku Teh, yang ni menggunakan ayam, so memang 100% halal kecuali ada tambahan perasa/minyak yang haram digunakan.

Wallahualam.

Categorized in: