Posting kali ini akan mengisahkan tentang Asal usul kesultanan melaka yang gemilang mengikut kanta sejarah. Bermula daripada sejarah pembentukan Melaka itu sendiri dan faktor faktor kegemilagan melaka akan dikupas secara terperinci tentang betapa hebatnya zaman kegemilangan dibawah pemerintahan Sultan dan pembesar Melaka yang beribawa.
Mengikut Sejarah Melayu, Parameswara yang telah membuka Negeri Melaka adalah putera dari Palembang Beliau berketurunan daripada Raja-raja Sailendra yang pernah memerintah Kerajaan Srivijaya.
Pada tahun 1377, kerajaan Srivijaya telah ditawan oleh Kerajaan Majapahit dimana Pulau Jawa dan Sumatra tunduk di bawah kuasa Kerajaan Majapahit. Pada waktu itu, Parameswara telah berkahwin dengan seorang puteri raja dari Jawa Timur. Namun demikian, Parameswara enggan tunduk di bawah kuasa Kerajaan Majapahit. Beliau mengisytiharkan kemerdekaan secara tersendiri. Ini menimbulkan kemarahan Kerajaan Majapahit dan telah menyerang Palembang dan Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik (Singapura).
Pada waktu itu, Temasik berada di bawah kuasa Raja Siam dan raja yang memerintah Temasik adalah Raja Temagi. Parameswara telah membunuh Raja Temagi dan mengambil alih memerintah Temasik selama lima tahun. Kematian Raja Temagi menimbulkan kemarahan Kerajaan Ayuthya di Siam dengan mengutuskan bala tenteranya untuk menyerang Parameswara. Paramswara melarikan diri ke Muar dan menetap di situ selama enam tahun. Parameswara berpindah ke Sungai Bertam, Melaka setelah mendapati Muar tidak sesuai untuk membina petempatan yang baru.
Empayah Jajahan Takluk Kesultanan Melayu Melaka
Sejarah Melayu meriwayatkan Parameswara telah membuka Negeri Melaka pada tahun 1400 dan nama Melaka itu berasal daripada nama sejenis pokok. Parameswara dan pengikut-pengikutnya sedang berehat di bawah sbatang pokok selepas berburu. Beliau melihat anjingnya ditendang oleh seekor kancil (pelanduk) hingga terjatuh ke dalam sungai. Parameswara menganggap peristiwa itu sebagai satu peristiwa yang ganjil lalu memilih tempat itu untuk dijadikan kerajaan yang baru.
Baginda menamakan tempat itu sebagai Melaka sempen nama pohon tempat baginda berehat. Parameswara mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Melaka dengan gelaran Raja Iskandar Shah dan melaksanakan pemerintahan negeri baru ini berasaskan sistem pemerintahan Kerajaan Srivijaya. Bertitik tolak dari peristiwa ini Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan dan pusat persinggahan pedagang-pedagang China, India dan Arab. Dan di sinilah bermulanya Kesultanan Melayu dan keagungan Empayar Melaka.
Ilustrasi gambar yang menunjukkan kemajuan pelabuhan dan bandar melaka.
PERKEMBANGAN EMPAYAR MELAKA
Asal usul kesultanan melaka bermula dari sebuah perkampungan nelayan yang kecil, Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal di gugusan Kepulauan Melayu. Kegemilangan Melaka banyak bergantung kepada faktor lokasinya yang strategik. Pelabuhan Melaka terletak pada laluan perdagangan antara Negara India dan China. Pedagang-pedagang dari Negara India dan China menjadikan Melaka tempat persinggahan bagi mendapatkan bekalan makanan dan minuman.
Terdapat beberapa faktor yang menjadikan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang paling penting di Asia Tenggara iaitu, Melaka merupakan sebuah pelabuhan semulajadi yang terselamat dari ancaman angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Di samping itu, pelabuhan Melaka jugaterletak berhampiran dengan kawasan pengeluaran bijih timah dan rempah ratus. Bahanbahan ini merupakan bahan dagangan yang amat penting pada zaman itu.
Parameswara telah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot, iaitu pusat membeli dan menjual barang dagangan. Untuk menjamin keselamatan Melaka, Parameswara telah membina kediaman baginda di atas bukit yang berdekatan dengan muara Sungai Bertam. Ini memudahkan baginda mengawasi kegiatan perdagangan di Selat Melaka. Parameswara telah menubuhkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada orang-orang laut untuk mengawasi keselamatan para pedagang yang singgah di Melaka.
Bagi menjamin keselamatan Negeri Melaka, Parameswara telah mengambil langkah menjalinkan persahabatan dengan kuasa-kuasa luar seperti Kerajaan Siam. Bagi mengelakkan serangan Siam terhadap Melaka, Parameswara telah menghantar ufti tahunan ke Siam. Selain dari Kerajaan Siam, Parameswara menjalin hubungan persahabatan dengan Negara China. Langkah-langkah ini menjadikan Kerajaan Melaka sebagai pusat perdagangan yang semakin makmur
Pada abad ke 15, Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Ia menjadi tumpuan dan minat pedagang-pedagang dari timur dan barat. Kemampuan Melaka menjadi sebuah pelabuhan yang penting di dunia pada zaman ini berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu :
- Kedudukan yang strategik.
- Perairan yang dalam dan sesuai bagi kemudahan berlabuh untuk kapal-kapal besar.
- Pentadbiran yang cekap dan tersusun.
- Pelaksanaan undang-undang yang kemas iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka.
- Pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu sistem cukai berkeutamaan.
- Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan.
- Perluasan Empayar Melaka meningkatkan lagi kemajuan perdagangan.
- Penggunaan matawang dalam hal ehwal perdagangan.
Perkembangan pesat pelabuhan Melaka yang gemilang.
SISTEM PENTADBIRAN KESULTANAN MELAKA
Sistem pentadbiran kerajaan Melaka dibentuk oleh anggota-anggota sebuah Majlis Tertinggi. Anggota-anggota majlis ini mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri bagi mentadbirkan Negeri Melaka. Di bawah Majlis Tertinggi ini, terdapat 8 orang pembesar negeri yang bergelar Seri. Di bawah peringkat ini pula, terdapat 16 orang pembesar rendah yang bergelar raja. Peringkat akhir dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dianggotai oleh 32 orang pembesar kerajaan. Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka ini dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan
HUBUNGAN KESULTANAN MELAKA DENGAN CHINA
Pada zaman pemerintahannya, Parameswara telah menjalin hubungan persahabatan dengan Kerajaan China sebagai langkah keselamatan negeri itu. Kerajaan Ming di bawah pemerintahan Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka. Pada tahun 1403, Maharaja China itu mengutuskan Laksamana Yin Ching ke Melaka.
Hubungan erat antara Melaka dan China menyebabkan Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Siam tidak berani mengancam Kerajaan Melaka. Maharaja China telah mengurniakan alat-alat kebesaran seperti cap mohor, satu persalinan pakaian daripada sutera dan payung kuning kepada Parameswara sebagai tanda bahawa Kerajaan China bersedia melindungi Kerajaan Melaka dari ancaman musuh.
Pada tahun 1409, Maharaja China telah mengutuskan laksamana Cheng Ho ke Melaka bagi mengeratkan lagi perhubungan Melaka-China dan juga bagi memperluaskan kawasan perdagangan China di Asia Tenggara. Parameswara juga turut mengantar rombongan persahabatan ke Negara China.
Pada tahun 1414, Parameswara telah mangkat dan pemerintahan Melaka diambil alih oleh putera baginda Sultan Mahkota Iskandar Syah. Selepas kemangkatanParameswara, hubungan Melaka-China terus dijalin demi kepentingan dan kemajuan perdagangan Melaka. Hubungan antara Melaka-China bertambah erat apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak Maharaja China.
Di sinilah bermulanya kehadiran masyarakat imigrans di Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun persahabatan Melaka-China bertambah erat, namun di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Kerajaan Melaka bertambah kuat dan Melaka berjaya menewaskan serangan tentera Siam di Muar dan Batu Pahat tanpa bantuan Kerajaan China. Pada abad ke – 15, hubungan Melaka dan China terus renggang apabila Kerajaan China mengamalkan dasar tutup pintu.
Muzium melaka yang menggambarkan suasana di Istana Melaka
SULTAN-SULTAN MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka wujud pada tahun 1400 dan berakhir pada tahun 1511 selepas Kerajaan Melaka ditawan oleh Portugis.
BENDAHARA MELAKA
Pada zaman keagungan, Kerajaan Melaka mempunyai beberapa orang Bendahara yang berwibawa. Di bawah adalah senarai Bendahara yang telah mentadbir Empayar Melaka.
Bendahara merupakan satu jawatan yang amat penting dalam pentadbiran Empayar Melaka. Di antara Bendahara-bendahara Melaka yang paling terkenal adalah
Tun Perak. Tun Perak merupakan pembina empayar Melaka. Beliau telah merancang dasar perluasan Empayar Melaka hingga ke Sumatra. Kuasa Kesultanan Melayu Melaka bertambah kuat apabila Tun Perak berjaya menawan Pahang, Terengganu, Selangor, Johor, Kedah, Perak, Patani dan Kepulauan Riau-Lingga. Empayar Melaka terus diperluaskan oleh Tun Perak sehingga ke Pasai, Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi di timur Sumatra. Menjelang abad ke-15, Melaka menjadi sebuah kuasa terunggul dan pusat perdagangan yang terbesar di seluruh Kepulauan Melayu, di bawah kepimpinan Bendahara Tun Perak.
Kita akan kupas lagi tentang sejarah dan Asal usul kesultanan melaka di posting yang akan datang dan semoga tulisan ini bermanfaat.